×
ACOS SYSTEM Online Self Service Terminals
    • 07 Jul 2021

    Pelanggan Kami Adalah Keutamaan Pertama Kami

    Kita telah sampai ke pertengahan tahun 2021 dimana pandemik Covid-19 masih melanda, malah cabaran baru sahaja bermula.

    Sehubungan itu, bank-bank menyedari cabaran dan kesusahan berterusan yang dihadapi oleh peminjam / pelanggan. Oleh itu, pihak bank akan memberi bantuan moratorium selama enam (6) bulan kepada peminjam dari golongan individu (B40, M40 dan T20), usahawan mikro dan PKS bermula dari 7 Julai 2021.

    Walaubagaimanapun, kami menasihatkan pelanggan kami untuk meneruskan pembayaran ansuran mengikut jadual melalui rangkaian pembayaran yang sedia ada.

    Namun begitu, sebagai syarikat yang bertanggungjawab dalam tempoh yang mencabar ini, kami sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan kami. Pelanggan yang memerlukan bantuan untuk mengatur semula pembayaran ansuran bulanan mereka disebabkan oleh kesulitan Covid-19 boleh menghubungi Parkson Credit melalui i-tolong.

    Masalah kewangan merupakan cabaran bagi semua. Oleh itu, pelanggan kami yang terjejas dinasihati untuk menghubungi kami untuk penyelesaian.