Sejak setahun yang lalu, Parkson Credit Sdn Bhd telah menunjukkan kemajuan yang memuaskan walaupun beroperasi bersama pesaing yang lama bertapak dan persekitaran ekonomi yang mencabar. Pertumbuhan memberangsangkan ini adalah hasil daripada komitmen jitu pasukan pengurusan Syarikat dan juga sokongan daripada pasaran.
Parkson Credit akan terus memantapkan visinya untuk menawarkan lebih banyak pilihan, lebih nilai serta kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggannya. Pada masa yang sama, Syarikat akan meningkatkan keyakinan pasaran dengan membantu merangsang aktiviti ekonomi menerusi penawaran pelbagai produk pembiayaan secara bertanggungjawab dan berasaskan Syariah.
Untuk masa hadapan, Parkson Credit akan terus berusaha memperkukuhkan kedudukannya dan pada masa yang sama, berpegang kepada falsafah dan nilai-nilainya. Dengan persekitaran pasaran yang sentiasa berubah, saya yakin Parkson Credit mampu menangani cabaran ini dengan kreativiti, innovasi dan mekanisme pelarasan tanpa menjejaskan keperluan para pelanggan.
Masa depan Parkson Credit kelihatan menarik berikutan peluangnya untuk melebarkan sayap ke luar negara menerusi jaringan pasaran Parkson Holdings Berhad yang sekaligus dapat melonjakkan lagi kedudukannya.
TAN SRI DATUK SERI UTAMA WILLIAM CHENG
PENGERUSI EKSEKUTIF KUMPULAN