×
ACOS SYSTEM Online Self Service Terminals
    • 23 Mac 2018

    Sertailah Larian Kebajikan Lion Parkson 2018!

    Pembetulan: Disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka, Lion Parkson Charity Run telah ditunda hingga 30 September 2018 dari tarikh asal 22 April 2018. Sebarang kesulitan yang disebabkan amat dikesali.

    Larilah untuk kesihatan dan kebajian! Sertailah Parkson Credit apabila kami menyertai Larian Lion Parkson Tahun 2018, anjuran Yayasan Lion Parkson dan Yayasan Lee Chong Wei, kali ini pada 7.00 pagi, hari Ahad 30hb September 2018 dan berlangsung di tengah bandar Kuala Lumpur. Pilih antara larian jarak 3 KM atau 10 KM. Kanak-kanak atas umur 13 tahun dijemput juga!

    Pengutipan dari Larian Lion Parkson akan disalurkan kepada pembangunan dan operasi Rumah Orang Muda Kurang Upaya & Cacat yang diurus oleh Yayasan Lion Parkson di Banting.

    Yayasan Lion-Parkson telah diperbadankan pada 3 September 1985 untuk mengurus dan mengagihkan dana untuk tujuan pendidikan, saintifik dan kebajikan. Yayasan kami ditubuhkan oleh Kumpulan Syarikat Lion dengan dana yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat operasi dan rakan-rakan perniagaan Kumpulan. Sejak dilancarkan pada tahun 1990, Yayasan kami telah menyumbang sebanyak RM34.9 juta untuk beberapa kerja amal.

    Untuk maklumat laluan, pendaftaran dan yuran pendaftaran, sila tekan di sini.

    Kini, Kami Berada Di Utara

    Ipoh, 19 Mac 2018 – Baru-baru ini, Parkson Credit telah mencapai sasarannya untuk membuka sebuah pejabat urusan di bahagian wilayah utara. Pejabat di Ipoh, Perak ini akan berfungsi sebagai pusat operasi pusat yang meliputi negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

    Para pelanggan yang ingin membuat bayaran untuk ansuran mereka adalah digalakkan untuk berbuat demikian di rangkaian pembayaran yang ditetapkan sebab pejabat tersebut adalah hanya untuk operasi dan pentadbiran secara khusus.

    • 09 Mac 2018

    Lawatan Sambil Belajar Dengan KPDNKK

    Pada 9hb Mac 2018 yang lalu Parkson Credit telah menganjurkan sebuah lawatan sambil belajar daripada perwakilan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bahagian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut pengoperasian bahagian penilaian Parkson Credit dan juga perlaksanaan Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017 (Jualan Kredit) yang telah dijalankan di bawah aktiviti KPDNKK.

    Perwakilan PUSPANITA seramai 30 orang wanita telah diterajui oleh Pengarah Undang-Undang KPDNKK Datin Tay Lee Ly. Ketika lawatan diadakan, pihak pengurusan Parkson Credit telah menyampaikan beberapa informasi dan keterangan mengenai Parkson Credit. Acara tersebut diakhiri dengan jamuan makan tengahari, pemberian saguhati sumbangan Hogan Bakery untuk setiap ahli dan penukaran cenderamata dari kedua-dua pihak.