Selaras dengan keperluan pelanggan, proses permohonan yang tidak rumit. Inovatif. Mesra alam. Parkson Credit merangkumi dasar Sangat Mudah.
Sebagai pendatang baru dalam industri kewangan, Parkson Credit Sdn Bhd, anak syarikat Parkson Retail Group Limited, komited untuk menyediakan kemudahan kepada para pelanggan dalam pembelian produk melalui pembayaran ansuran mudah. Perkhidmatan pembiayaan ini direka khusus bagi memastikan pelanggan kami diberi perkhidmatan terbaik yang sedia ada. Dengan penggunaan aplikasi teknologi terkini untuk perniagaannya, Parkson Credit membolehkan kemudahan seperti permohonan atas talian bagi pembiayaan kewangan. Pada masa yang sama, rakan niaga juga turut menikmati kemudahan menjalankan perniagaan yang hampir tanpa penggunaan kertas.
Dengan mempromosikan model perniagaan mesra alam, Parkson Credit berusaha untuk beralih daripada operasi perniagaan konvensional yang boleh mencemarkan alam sekitar tetapi memastikan ianya sebuah syarikat kewangan yang dipacu secara teknologi sesuai dengan pasaran masa kini.
Kami mengalu-alukan anda, sebagai pelanggan kami dengan tangan terbuka dan pelbagai peluang. Parkson Credit, Sangat Mudah.