×
ACOS SYSTEM Online Self Service Terminals
    • 30 Oktober 2020

    Pengumuman Pejabat Korporat Baharu Kami!

    Dengan sukacita kami ingin mengumumkan pembukaan pejabat korporat kami pada 30hb Oktober 2020.

    Kami berhasrat untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami serta mengekalkan tahap integriti, urus tadbir serta tanggungjawab sosial yang tertinggi.


    • 15 Oktober 2020

    Kekal Bersama Anda

    Pejabat Parkson Credit kami di Kuala Lumpur akan tetap dibuka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dari 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020, dalam masa yang sama mengekalkan standard langkah keselamatan yang optimum terhadap penyebaran virus Covid-19.

    Kami menggalakkan anda semua untuk meminimumkan risiko penularan dengan kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka, menghindari tempat yang sesak dan mengelakkan perjalanan yang tidak perlu. Selain daripada lawatan secara langsung, kami mempertimbangkan untuk penggunaan aplikasi WhatsApp dan Perkhidmatan Pelanggan dalam talian untuk kemudahan anda. Saluran Whatsapp kami yang baru boleh didapati di halaman Perkhidmatan Pelanggan kami seperti pautan di bawah.



    Selain itu, semua Saluran Pembayaran akan tetap dapat diakses semasa PKPB, walaupun kami sangat menggalakkan agar pembayaran dibuat melalui saluran dalam talian untuk mengurangkan risiko penularan. Maklumat mengenai cara membuat pembayaran dalam talian boleh didapati di sini.

    Mari lakukan yang terbaik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kuat dan sihat semasa PKPB dijalankan.