Parkson Credit Santuni Golongan Istimewa
Berkat kemurahan hati warga kerja, pengedar di seluruh negara serta rakan niaganya, kempen "Kami Prihatin" Parkson Credit berjaya mengumpul sebanyak RM28,300.00 serta barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, pakaian terpakai, produk kebersihan dan lampin pakai buang bagi membantu Persatuan Perjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Negeri Selangor (PPKKTANS) di Banting.
Pada 15 Ogos 2020, 15 warga kerja Parkson Credit mengunjungi PPKKTANS dan beramah mesra dengan para penghuninya. Pengurus Pemasaran, Cik Michelle menyerahkan sumbangan yang dikumpul itu kepada Setiausaha PPKKTANS, Puan Siti Nuraishah Murtijan.
PPKKTANS yang dibina dengan kos berjumlah RM2.2 juta sumbangan Yayasan Lion-Parkson (LPF) pada tahun 2012 di atas sebidang tanah seluas 4.17 ekar bernilai RM1.2 juta sumbangan Kumpulan Lion mampu menampung seramai 100 orang penghuni. Ianya dibuka secara rasmi oleh Pemain Badminton Negara , Datuk Wira Lee Chong Wei dan Pengerusi LPF, Puan Sri Chelsia Cheng pada 4 November 2012. Kerja-kerja pembinaan fasa ke-2 dan ke-3 yang menelan belanja sebanyak RM6 juta untuk menampung seramai 100 penghuni lagi dan rumah warga emas telahpun siap.
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada PPKKTANS, boleh hubungi
ppkktans@handicapjb.org.my, atau layari
http://www.handicapjb.org.my untuk maklumat lanjut.