×
ACOS SYSTEM Online Self Service Terminals
    • 26 Mac 2020

    Pelanggan Kami Keutamaan Kami

    Pada 25 Mac 2020, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan inisiatif penangguhan bayaran balik enam bulan untuk mengurangkan bebanan kewangan rakyat Malaysia dalam tempoh yang mencabar yang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Moratorium ini boleh digunapakai untuk peminjam/pelanggan dari bank dan institusi kewangan pembangunan (IKP) yang dikawal selia oleh BNM.

    Walaubagaimanapun, moratorium itu tidak digunapakai untuk pelanggan Parkson Credit kerana ia dikategorikan sebagai penyedia kredit bukan bank. Kami menasihatkan pelanggan kami untuk meneruskan pembayaran ansuran mengikut jadual melalui saluran pembayaran yang sedia ada.

    Namun begitu, sebagai syarikat yang bertanggungjawab dalam tempoh yang mencabar ini, kami sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan kami ketika waktu diperlukan kerana pelanggan kami mejadi keutamaan kami.

    Bagi pelanggan yang terjejas disebabkan oleh masalah dan cabaran berkaitan Covid-19. Sila hubungi kami di saluran Sokongan Terjejas Covid-19.


    • 20 Mac 2020

    Penjagaan IDEAL Melindungi Pelaburan Anda dengan Membayar Balik Ansuran Bulanan Anda Ketika Waktu Kesulitan.

    Dalam realiti pahit menimpa kita semua semasa pandemik Covid-19, tiada apa yang memberikan ketenangan yang lebih baik daripada keputusan anda untuk memilih Penjagaan IDEAL.

    Penjagaan IDEAL menawarkan Insurans Perlindungan untuk Kehilangan Pekerjaan Tanpa Rela. Sekiranya pelanggan yang dilindungi oleh insurans Penjagaan Ideal diberhentikan kerja dalam masa yang sukar ini, dia boleh menuntut perlindungan kredit dengan mengemukakan tuntutan.

    Sebaik sahaja diluluskan, penjagaan IDEAL akan membayar 6 bulan pembayaran balik ansuran bulanan pelanggan, meringankan sebarang bebanan semasa pengangguran.

    Anda boleh layari halaman Penjagaan IDEAL kami untuk maklumat lebih lanjut di (http://www.parksoncredit.com.my/product-idealcare.php?l=bm)

    Sudah mempunyai Penjagaan IDEAL dan ingin membuat tuntutan? Sila tinggalkan butiran anda di sini (http://www.parksoncredit.com.my/enquiry-form.php?l=bm) dan Pegawai Khidmat Pelanggan kami sedia membantu anda.

    • 19 Mac 2020

    Saluran Pembayaran Yang Boleh Diakses Untuk Pelanggan Kami

    Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pembayaran melalui kaunter di Gedung Jabatan Parkson tidak akan tersedia kerana semua kedai akan ditutup dari 18 Mac hingga 12 Mei 2020.

    Bagi memastikan bayaran ansuran anda tidak terjejas, anda boleh mempertimbangkan pembayaran secara atas talian dan kekal selamat dari rumah anda. Butiran mengenai cara membuat pembayaran atas talian boleh didapati di halaman kami di https://www.parksoncredit.com.my/payment-internet.php?l=bm.

    Sokongan Terjejas Covid-19

    Selain itu, jika anda menghadapi sebarang kesulitan pembayaran disebabkan oleh Covid-19, Anda boleh hubungi Sokongan Terjejas Covid-19 atau ‘i-tolong’. Kami sedia untuk membantu.


    • 18 Mac 2020

    Kerana Kami Prihatin, Jom Kekal Selamat Bersama

    Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh dunia oleh Kerajaan Malaysia untuk membendung penularan wabak Covid-19, semua pejabat kami akan ditutup dari 18 Mac hingga 12 Mei 2020.

    Parkson Credit komited sepenuhnya bagi memastikan semua staf, pelanggan dan komuniti tidak terjejas sepanjang tempoh ini. Oleh hal yang demikian, penutupan ini adalah sangat penting untuk mengurangkan penularan wabak tersebut.

    Pertanyaan Khidmat Pelanggan Kami seperti E-mel, Penyerahan Atas Talian dan Pertanyaan melalui telefon akan tetap dibuka untuk kemudahan semua pelanggan kami. Kami memohon kefahaman dan kesabaran sekiranya terdapat sebarang kelewatan dalam maklum balas kepada anda sepanjang tempoh ini.




    Sila ambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh ini untuk kesihatan, keselamatan serta insan yang tersayang.

    Terima kasih dan jom kekal selamat bersama.

    • 13 Mac 2020

    Parkson Credit Mendapatkan Peruntukan
    Sebanyak RM150J Melalui Fasiliti HSBC

    Sumber: The Star Online, 13th Mac 2020, https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/03/13/parkson-credit-raises-rm150m-through-hsbc-facility

    KUALA LUMPUR: Parkson Credit Sdn Bhd (Parkson Credit) has raised RM150mil through HSBC Malaysia’s bespoke receivables purchase facility.

    The bank said on Friday the proceeds from the facility will be used to finance Parkson Credit’s expansion in Malaysia; a key initiative in tandem with the company’s strategy to increase its local footprint.

    Hong Kong listed Parkson Retail Group Ltd owns 70% of Parkson Credit and the remaining 30% by Bursa Malaysia listed Parkson Holdings Bhd.

    The company provides consumer loans to individuals for the purchase of motorcycles and other consumer goods.
    HSBC Malaysia has been providing financial support to Parkson Credit since the company’s inception in 2014.

    In addition to facilitating the company’s expansion within the country, the Receivables Purchase Facility will play a crucial role in boosting Parkson Credit’s financing business.

    “Clients increasingly require scalable yet flexible financial solutions that will support their development and expansion. HSBC is excited to continue supporting Parkson Credit in Malaysia with financial services that will help propel their business and enable them to achieve their growth ambitions.”, said Omar Mahmoud, head of global banking, HSBC Malaysia.

    Danny Poh, senior general manager of Parkson Credit said the facility supports Parkson Credit’s business growth via the efficient application of collateral with enhanced flexibility and scalability.

    “The bank’s understanding of our business and their development of tailor-made financing solutions that accommodate our growth strategies continue to make HSBC our partner of choice and have been the fundamental basis of our continued working relationship.” Poh said.

    Christina Cheah, head of large local corporates, global banking, HSBC Malaysia said achieving and maintaining an efficient and flexible cash flow is essential to the success of growing businesses.

    “HSBC’s receivables finance solutions help organisations free up working capital to keep their business running smoothly while allowing them to focus on other strategic initiatives”, Cheah said.