2021 adalah tahun yang penuh dengan cabaran. Ramai yang mengalami tekanan dan ketidakpastian di dalam norma baharu ini yang terus membelenggu kehidupan seharian kita.
Di Parkson Credit, menjaga kesihatan dan keselamatan bagi pelanggan, rakan niaga, pekerja serta keluarga mereka adalah keutamaan kami. Amalan ‘Bekerja Dari Rumah’ atau ‘Work From Home’ ini adalah bertujuan untuk mencegah penyebaran wabak Covid-19 di tempat kerja serta memupuk gaya kerja terbaru yang sesuai dengan jenis pekerjaan dan tanggungjawab masing-masing.
Tahun 2021 juga menyaksikan begitu pentingnya peningkatan dan perubahan bagi tahap perlaksanaan pekerjaan kami. Ini dapat menyumbangkan kepada pembangunan inovasi, profesionalisme, etika serta integriti kepada industri pembiayaan pengguna.
Menerusi nilai teras dan falsafah pengurusan (Management Philosophy), Parkson Credit berhasrat untuk mengatasi tembok cabaran dengan menumpukan daya usahanya untuk membina serta memperbaiki di bahagian pengalaman pelanggan, perkhidmatan dan produk bagi pelanggan dengan lebih baik. Usaha-usaha ini juga mewujudkan tujuan seiring bagi rakan perniagaannya.
Pandemik Covid-19 juga telah menunjukkan bahawa kita perlu mengubah cara perniagaan secara berterusan untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu ini atau berisiko untuk menghadapi kemerosotan. Perubahan yang terjadi disebabkan pandemik ini telah mengubah cara hidup kita, tetapi ia memberi peluang untuk kita mengkaji semula kaedah yang lebih baik.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya yakin ini adalah masanya untuk kita menukar idealogi yang lama kepada pertukaran dan perubahan yang baru. Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa meneroka ke hadapan, setiap inovasi, perkembangan dan perubahan adalah bertujuan untuk mencapai tahap ‘best in class’ sambil membawa sumbangan positif kepada masyarakat dan persekitaran bersama anda.
DANNY POH
PENGARAH EKSEKUTIF