Penubuhan Parkson Credit Sdn. Bhd. telah mencatat pencapaian penting dalam Parkson Holding Berhad dengan memanfaatkan pasaran pembiayaan pengguna yang mudah.
Selaras dengan visi syarikat, matlamat Parkson Credit adalah untuk menyediakan lebih banyak pilihan, nilai yang lebih baik dan keselesaan kepada pelanggannya. Sebagai satu landaskap pasaran yang terus berkembang, syarikat percaya bahawa untuk berada di hadapan dan menjadi relevan; kreativiti, inovasi dan mekanisme perubahan cabaran memainkan peranan penting untuk mencapai hasil yang diinginkan.
Pengalaman luas pihak pengurusan dalam sektor perbankan dan kewangan serta rangkaian yang kukuh daripada rakan kongsi perniagaan dan dagangan yang strategik pada terasnya menjadi daya penggerak ke arah pertumbuhan dan perkembangan. Ini membolehkan Parkson Credit untuk bergabung usaha dengan capaian pasaran Parkson Holding Berhad, memperluaskan perniagaannya di dalam dan di luar.
Dengan slogan “Sangat Mudah”, falsafah dan semangat Parkson Credit untuk menjadi kumpulan yang membawa pembaharuan terbaru dan perubahan cabaran dalam landaskap pasaran pembiayaan mudah pelanggan akan menggerakkan Syarikat ke tahap yang lebih tinggi.
TAN SRI DATUK SERI UTAMA WILLIAM CHENG
PENGERUSI EKSEKUTIF KUMPULAN