Menuju ke arah tanpa tunai dengan membayar bil secara atas talian telah menjadi suatu kepentingan dalam kehidupan harian kita terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dengan membayar bil anda melalui saluran atas talian bank dan JomPay dari keselesaan rumah sendiri, anda juga dilindungi daripada unsur-unsur luaran yang tidak diingini.
Faedahnya banyak.
Risiko dijangkiti virus pandemik ini adalah rendah apabila anda memilih untuk berada di rumah untuk membayar bil melalui saluran atas talian. Anda mampu mengurangkan risiko fizikal seperti menyentuh sebarang permukaan tercemar dengan tidak keluar rumah di saat yang genting ini.
Adakah berbaloi menghabiskan masa untuk keluar rumah sedangkan kini anda boleh membuat pembayaran bil dengan hanya beberapa klik sahaja? Bayangkan kesesakan lalu lintas yang anda boleh elakkan. Janganlah kita membuang masa dengan sia-sia kerana masa itu emas. Oleh itu, luangkan lebih masa untuk melakukan perkara yang anda sukai.
Elakkan berbelanja terlalu boros pada kos bukan keperluan seperti memandu/menunggang atau membayar pengangkutan awam hanya untuk ke lokasi pembayaran bil anda. Lebih teruk lagi, sesetengah lokasi mungkin mengenakan caj letak kenderaan. Kami menasihati anda untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi moden untuk penjimatan wang. Lakukannya secara atas talian.
Ancaman dari perompak dan peragut adalah suatu yang tidak dapat diramalkan justeru kami menasihati anda untuk berwaspada sepanjang masa dalam apa jua keadaan. Wang hasil titik peluh yang diperolehi untuk menampung perbelanjaan kos sara hidup dicuri adalah perkara tidak diingini oleh siapapun. Dengan pembayaran tanpa tunai, anda mampu mencegah jenayah ini daripada berlaku.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang saluran pembayaran kami, anda boleh ke https://www.parksoncredit.com.my/payment-internet.php?l=bm. Sememangnya mudah!