Pada April 2023, pihak Consumer Credit Oversight Board Task Force (CCOB) mencadangkan rangka kerja kawal selia untuk perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit, antaranya penambahbaikan kepada Akta Sewa Beli 1967 (HPA 1967). Penambahbaikan ini bertujuan untuk mengemaskini akta tersebut dan meningkatkan pengalaman pengguna dengan lebih efisien dan moden.
Salah satu perubahan yang dicadangkan kepada HPA 1967 melibatkan penerimaan tandatangan digital dan elektronik untuk proses perjanjian sewa beli, serta pengurusan dokumen sewa beli melalui medium digital, sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Perundingan CCOB yang dikemas kini pada September 2023.
Bagi persediaan pelaksanaan peraturan baharu ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kelancaran perkhidmatan kepada pelanggan kami sebelum mandat kawalan dan pengawasan dilaksanakan.
Kami ingin menegaskan kepentingan untuk memastikan sambungan digital bersama pelanggan kami. Anda akan menerima maklumat perubahan terkini, info penting yang melibatkan akaun anda. Ia juga akan memudahkan komunikasi yang lebih pantas, promosi terkini dan memastikan anda sentiasa mengetahui tentang transaksi kewangan anda bersama kami.
Dengan terus berhubung dengan kami secara digital, anda telah memastikan bahawa mandat dipatuhi serta memberi kami peluang untuk melayani anda dengan lebih efisien dan efektif.