Apa yang kita boleh lakukan? Apa yang mesti kita lakukan?
Virus COVID-19 adalah virus pendemik global yang baru-baru ini telah meningkat kehadirannya di Malaysia, yang menyebabkan Kerajaan terpaksa mengenakan Perintah Sekatan Pergerakan. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, perjuangan dalam memerangi virus tersebut tiba-tiba telah menjadi realiti untuk kita. Apa yang kita boleh sumbangkan? Atau lebih penting, apa yang kita mesti lakukan untuk tidak memburukkan lagi keadaan? Di sini terdapat beberapa petunjuk.
Bukan hanya kerana anda boleh didenda atau dipenjarakan sekiranya anda dijumpai berada di luar, tetapi kerana virus itu boleh merebak dengan sangat mudah dan boleh membunuh orang tua atau mempunyai sistem imunisasi yang lemah. Sekiranya virus terus merebak, sistem penjagaan kesihatan kebangsaan tidak lagi dapat menyelamatkan mangsa tambahan dan kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang lebih ekstrim untuk mengawal keadaan.
Semua premis yang tidak berkeperluan telah diarahkan untuk tutup. Taman kejiranan, jalan dan tarikan semula jadi mungkin nampak seperti masih dibuka, tetapi jangan pergi ke sana kerana anda akan menggalakkan orang lain untuk melanggar Perintah Sekatan Pergerakan dan seterusnya menyebarkan virus. Bersenam dan nikmatilah alam semula jadi hanya di dalam kawasan anda sendiri.
Jika anda ingin bantu, pastikan orang sakit, tua, kurang upaya atau miskin di dalam kawasan kejiranan anda mempunyai bekalan yang mereka perlukan untuk bertahan sepanjang tempoh Perintah Sekatan Pergerakan. Ada yang tidak dapat mendapatkan bekalan kerana bahaya yang sedang dihadapi atau ada yang tidak mampu untuk membeli bekalan kerana hanya boleh makan jika mereka boleh bekerja. Kenal pasti orang yang anda kenali termasuk dalam kategori ini dan telefon untuk menawarkan bantuan dan memberi jaminan kepada mereka.
Ramai rakyat Malaysia yang masih tidak mematuhi perintah tersebut yang memaksa Kerajaan untuk mengambil langkah yang lebih drastik. Ingatkan mereka bahawa tindakan mereka boleh membahayakan orang lain, gunakan fakta dan angka, gunakan cerita peribadi tetapi jangan lupa untuk bersikap sopan.
Jom, bukan hanya untuk bertahan tetapi untuk menjadi lebih baik.