Di Parkson Credit Sdn Bhd, Integriti, Ketelusan dan Kebertanggungjawapan adalah penggerak utama kepada tadbir urus korporat yang baik. Kami komited untuk meningkatkan piawaian tadbir urus korporat syarikat dengan menjalankan perniagaan melalui hubungan profesional yang kukuh dikalangan pihak berkepentingan yang merangkumi Pengurusan Tertinggi Syarikat, Pekerja, Pihak Berkuasa yang berkaitan, terutamanya pelanggan dan peniaga kami.
Integriti – Mencegah rasuah dan memupuk piawaian tingkah laku yang tinggi, menjaga kepentingan awam dan meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan.
Ketelusan – Bersikap terbuka dan bertanggungjawap untuk mewujudkan kesetiaan pelanggan dalam jangka masa yang panjang.
Kebertanggungjawapan - Mengambil tanggungjawap terhadap semua aktiviti Syarikat dan mempamerkan penilaian yang adil, seimbang dan mudah difahami.
Selaras dengan matlamat kami untuk menjadi peneraju arah aliran industri dalam sektor perkhidmatan pembiayaan kredit, Pihak Pengurusan sentiasa menyemak strategi, prestasi, sasaran dan pencapaian Syarikat secara berkala ke arah mencapai kemampanan perniagaan jangka panjang.
Terdapat pelbagai strategi dan kaedah seperti perkongsian pengetahuan secara mingguan yang merangkumi pelbagai topik yang dikongsi dikalangan pekerja jabatan bagi mewujudkan nilai tambah pengetahuan di seluruh organisasi.
Parkson Credit komited untuk sentiasa memenuhi jangkaan pelanggan dan mematuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti. Dengan usaha daripada Pihak Pengurusan Syarikat dan pekerja, kami Berjaya lulus dalam Audit Pensijilan semula bagi ISO 9001:2015 yang dijalankan pada Oktober 2022.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan dalam meningkatkan kepuasan pelanggan dan reputasi syarikat sambil mengekalkan amalan terbaik dalam Sistem Pengurusan Kualiti.
Kami juga menumpukan perhatian kepada pekerja baru dengan meningkatkan pengetahuan mereka terutamanya mengenai Sistem Pengurusan Kualiti semasa sesi latihan induksi bagi memastikan pemahaman pekerja selaras dengan sasaran Syarikat dan potensi penambahbaikan.
Parkson Credit mengekalkan prinsip tidak bertolak ansur kepada kebocoran maklumat. Pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) oleh Syarikat adalah untuk memastikan segala data pelanggan dilindungi. Pada masa ini, Parkson Credit sedang melaksanakan inisiatif kawalan yang diperlukan dalam Sistem Pengurusan Maklumat (ISO 27001:2013).
Latihan berkala dan peringatan berterusan mengenai amalan terbaik dalam operasi harian telah dijalankan bagi mendidik pekerja mengenai kepentingan integriti dan perlindungan data peribadi.
SIFAR TOLERANSI TERHADAP RASUAH DAN KORUPSI
Parkson Credit memandang serius perkara ini dan berharap rakan kongsi perniagaan kami serta pembekal untuk melakukan perkara yang sama dalam menjalankan perniagaan bersama kami. Maklumat sentiasa dikemaskini kepada rakan kongsi kami bagi mengukuhkan komitment kepada sifar toleransi terhadap rasuah dan korupsi
Polisi Pencegahan Rasuah dan Korupsi (ABC) berfungsi untuk memberi panduan kepada pekerja dan pihak berkepentingan tentang cara menangani permintaan yang tidak wajar, rasuah dan aktiviti korupsi yang lain. Penglibatan dalam amalan rasuah atau aktiviti korupsi boleh membawa kemudaratan kepada Syarikat yang perlu dielakkan setiap masa melalui amalan terbaik.
Kami menggunapakai amalan pengurusan risiko yang komprehensif dengan penglibatan Jawatankuasa Pengurusan Risiko bagi menyelia sebarang potensi risiko perniagaan dengan melaksanakan kawalan yang efektif disamping memastikan keperluan undang-undang dipatuhi.
Parkson Credit berhasrat untuk mencapai piawaian integriti tertinggi dalam perniagaan dan operasi kami.
Dalam usaha untuk menggalakkan pemberi maklumat mengemukakan maklumat mengenai sebarang kelakuan yang tidak wajar, jika anda mengetahui atau menyedari sebarang kelakuan perniagaan yang tidak wajar (rasuah, korupsi,salah laku dan lain-lain), yang dilakukan atau akan dilakukan berhubung dengan perniagaan bersama Parkson Credit, laporkan kepada kami dengan memberi maklumat yang diperlukan kepada whistleblower@lion.com.my.
Parkson Credit mengekalkan piawaian industri semasa menjalankan operasi perniagaan kami dengan mematuhi Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) dan semua undang-undang, peraturan, garis panduan dan amalan peneraju industri yang berkaitan.
Kami komited untuk menghalang sebarang penggunaan sistem kewangan dan pembiayaan keganasan secara haram.
Parkson Credit komited untuk melaksanakan kelestarian hijau di tempat kerja bagi mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Pengurusan aliran penggunaan dan peringatan berterusan kepada pekerja terutamanya mengenai penjimatan tenaga dan kertas memainkan peranan penting dalam menerajui inisiatif ini. Ini termasuk :
• Penjimatan tenaga
• Penjimatan air
• Kitar semula
Sebagai warga korporat, Parkson Credit amat menitik beratkan tentang kepentingan sumbangan kepada masyarakat. Dengan menjalankan pelbagai aktiviti tanggungjawap sosial korporat, syarikat berhasrat untuk memastikan golongan kurang berkemampuan tidak terkecuali.
Parkson Credit amat percaya bahawa kesaksamaan jantina bukan sekadar menjaga hak asasi manusia, juga penting dalam memastikan pembangunan mampan sesebuah organisasi. Kami berhasrat untuk menggalakkan keadilan dan kesaksamaan melalui penguatkuasaan anti diskriminasi di tempat kerja.