×
ACOS SYSTEM Online Self Service Terminals
    • 11 Ogos 2022

    Usaha Kami Bagi Alam Sekitar

    Kesedaran inisiatif hijau perlu diberi keutamaan disebabkan tindakan kita sering membawa kesan langsung kepada alam sekitar.

    Kini, Parkson Credit ingin menjaga kepentingan alam sekitar melalui usaha pengalihan dari operasi perniagaan konvensional yang memudaratkan alam sekitar. Ia juga meningkatkan usaha Syarikat untuk menumpu perhatian ke atas inisiatif hijau bagi memastikan pejabat adalah lebih mesra alam.

    Di samping itu, pekerja sentiasa digalakkan untuk mengamalkan konsep Penggunaan Bertanggungjawab (Responsible Consumption) dengan memupuk tabiat penggunaan bahan, tenaga dan sumber secara mampan.