×
ACOS SYSTEM Online Self Service Terminals

Perlindungan Data Peribadi

Data peribadi adalah penting di Parkson Credit. Sebagai pelanggan yang dihargai, kami ingin memberitahu mengenai jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan serta cara-cara data diproses. Polisi ini akan menyatakan dasar kami mengenai pengumpulan dan pendedahan sebarang maklumat yang diterima dari borang permohonan, laman web dan yang lain-lain.



Terma Peribadi bagi Pengguna Parkson Credit

Objektif kami adalah untuk mengekalkan kepercayaan dan keyakinan anda apabila mengendalikan maklumat peribadi mengenai anda.



Anda Mempunyai Pilihan

Sebagai pelanggan Parkson Credit, anda mempunyai peluang untuk membuat pilihan. Kami menggalakkan anda untuk membuat pilihan yang membolehkan kami untuk memberi perkhidmatan serta produk-produk berkualiti yang dapat memenuhi keperluan dan objektif anda.



Kebenaran Anda

Dengan memberikan maklumat melalui saluran di atas atau melakukan urus niaga atau membuat permohonan dengan kami secara online dan melainkan jika anda memaklumkan kepada kami secara bertulis, anda telah bersetuju dengan semua terma dan syarat-syarat dalam Polisi ini. Ini termasuk hal-hal yang berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat yang telah disebut di dalam Polisi ini.



Pengguna berumur 18 tahun dan ke bawah

Laman web Parkson Credit adalah ditujukan bagi individu berumur 18 tahun ke atas. Laman web ini tidak ditujukan bagi orang berumur 18 tahun ke bawah. Parkson Credit tidak mengumpul atau mengekalkan maklumat daripada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Sekiranya terdapat sebarang permohonan pembiayaan, pengguna mestilah berumur 18 tahun & ke atas. Jika anda berumur 18 tahun ke bawah, sila elakkan dari mendedahkan butir-butir peribadi anda dalam apa jua bentuk sekalipun.



Keselamatan, Penggunaan dan Pendedehan Maklumat Peribadi

Keselamatan maklumat peribadi anda adalah keutamaan kami. Kami melindungi maklumat ini dengan mengekalkannya dalam bentuk fizikal, elektronik dan tatacara perlindungan mengikut sisi undang-undang. Kakitangan kami dilatih untuk mengendalian maklumat peribadi dengan baik. Sekiranya kami menggunakan syarikat lain untuk menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami, mereka akan ditugaskan untuk melindungi maklumat peribadi yang mereka terima.

Parkson Credit tidak akan menjual atau menyewa maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. Apa-apa maklumat yang dikumpul adalah untuk kegunaan dalaman sahaja, termasuk bagi tujuan pemasaran dan penyelidikan. Maklumat peribadi anda mungkin akan dikongsi bersama dengan entiti Parkson Credit semasa atau masa hadapan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk yang berikut:

  1. rakan niaga.
  2. institusi kewangan.
  3. pembekal perkhidmatan pihak ketiga (seperti pusat penghantaran, perkhidmatan kurier, penaja jamin insurans, analisis pasaran, pembekal perkhidmatan arkib, peguam. Hanya data yang diperlukan untuk tujuan perkhidmatan yang akan diberikan kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga. Kami tidak akan memberi maklumat kepada mereka yang tiada kaitan dengan kami);
  4. kepada pihak berkuasa kerajaan.

Maklumat yang anda berikan akan digunakan bagi penghantaran maklumat pemasaran. Dalam keadaan tertentu, Parkson Credit mungkin perlu berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga tertentu untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak kami.

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai Polisi kami, sila hubungi kami secara bertulis dengan menggunakan maklumat perhubungan yang diberikan di bawah:

Parkson Credit Sdn Bhd
Level 7, Lion Office Tower,
No. 1 Jalan Nagasari, 50200 Kuala Lumpur

Untuk Perhatian: Perlindungan Data Peribadi

Fax : 03-2144 6777
Emel : cs@parksoncredit.com.my