Menggantikan ‘Kata Laluan’ (password) anda dengan ‘Kata Laluan’ (passphrase) yang panjang supaya butiran log masuk anda susah untuk diteka oleh hacker atau penggodam. Anda digalakkan supaya sentiasa menggunakan ‘Frasa Laluan’ yang mengandungi nombor, abjad dan simbol. Contohnya ‘s@yasuka6eliKasut’.
Anda juga digalakkan sentiasa menukar ‘Frasa Laluan’ anda dan menggunakan ‘Frasa Laluan’ yang berlainan untuk akaun-akaun yang berlainan. Jika tidak dapat mengingat semua ‘Frasa Laluan’ anda, anda boleh catat dalam buku nota dan simpan di tempat yang selamat.
Kebanyakan orang suka menyambung kepada wi-fi yang percuma semasa berada di tempat awam, contohnya di hotel, lapangan terbang dan restoran. Tetapi, kebanyakan orang tidak tahu bahawa wi-fi tersebut tidak mempunyai perlindungan yang tinggi seperti internet berwayar. Dengan sambungan kepada wi-fi yang tidak mempunyai pelindungan yang selamat, risiko maklumat peribadi anda digodam atau dicuri adalah amat tinggi.
Sebolehnya, guna perbankan internet hanya semasa berada di rumah persendirian atau semasa menggunakan pelan data telefon persendirian.
Ramai penggodam yang menyamar sebagai pihak Bank atau pengawai Kerajaan untuk meminta informasi akaun atau informasi log masuk untuk Perbankan Internet. Tambahan pula, anda juga akan disambung kepada log masuk laman sesawang yang menyamar sebagai Bank.
Ini juga dikatakan sebagai ‘Phishing’ dan menyebabkan duit simpanan anda dicuri atau dikenakan caj pembelian atas kad kredit anda yang digunakan oleh orang yang tidak diketahui.