Letaklah motosikal kita di tempat terbuka atau laluan orang ramai kerana kebiasaannya pencuri sukar bertindak di tempat-tempat awam.
Kunci pada brek hadapan menghalang motosikal anda daripada digerakkan. Ia juga dapat dijadikan langkah pencegahan visual yang efektif kerana pengunci cakera brek didatangkan dengan warna-warna yang terang serta sensor pergerakan sebagai langkah untuk menakutkan pencuri.
Ini cara paling klasik yang digunakan untuk mengunci basikal dan pintu rumah. Jenis pengunci rantai dan kabel ini pula memang ada yang direka khas untuk motosikal dan boleh dibeli di kedai aksesori motosikal atau basikal.
Ini antara cara paling selamat dan moden, peranti ini boleh dipasang untuk apa saja jenis motosikal yang mana ia dapat mengesan lokasi motosikal menerusi aplikasi mobil dan versi web secara masa nyata dan pada bila-bila masa.
Inilah empat tips yang sangat berguna untuk mengelak kecurian motosikal kesayangan anda. Ingat, motosikal kita berisiko dicuri kerana pencuri motor memang cekap menghidu peluang sebegini.