Tanggungjawab pengurusan bil kertas dan eletronik merupakan proses yang mencabar, terutamanya dengan pertukaran kepada sistem eletronik pada pihak sesetengah syarikat dan pertubuhan.
Untuk menyenangkan pengurusan bil, anda boleh mencetakkan bil-bil eletronik ataupun mengimbaskan bil-bil kertas untuk penyimpanan di komputer atau telefon bimbit. Jika semua bil anda disimpan di tempat yang telah disediakan khas sebagai pusat kewangan peribadi anda, anda boleh sentiasa merujuk kepada bil-bil apabila diperlukan.
Jika anda telah terlewat untuk membayar bil, anda perlu segera membuka bil-bil kertas atau eletronik anda. Walaupun tugas ini mungkin kelihatan seperti remeh, anda perlu tahu jika terdapat sesuatu bil yang tidak dijangkai, seperti yuran lewat atau pertukaran dalam proses pembayaran bil. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa membuka dan meneliti bil-bil anda.
Sama ada sekali sebulan, seminggu atau harian, jadualkan masa tetap untuk mengurus serta membayar bil-bil anda. Mengikut pakar kewangan, cara ini amat berkesan untuk menjamin bil-bil anda sentiasa dibayar sebelum tarikh akhir untuk mengelakkan yuran lewat.
Harga Jualan Tertangguh sebanyak RM200.00 (dikemaskini pada 1 Ogos 2016) boleh dikecualikan terhadap akaun yang tidak tertangguh bayaran ansuran bulanan